Thursday, May 24, 2012

Program Penjagaan Gigi
SJKC Yoke Hua, Air Mawang akan mengadakan aktiviti membasuh gigi pada setiap hari Selasa selepas waktu rehat. Matlamat aktiviti adalah memastikan murid-murid mempunyai taraf penjagaan kebersihan gigi yang tinggi.

Guru sedang mengajar murid cara membasuh gigi yang betul .




Murid-murid membasuh gigi bersama-sama .

Jagailah Kesihatan Gigi Bersama-sama.



Saturday, April 28, 2012

Ujian Segak


Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) telah dijalankan pada 25 April 2012. Matlamat Ujian SEGAK ialah murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum. Semua murid Tahap 2 telah diuji iaitu Tahun 4 hingga Tahun 6. Sebanyak 21 orang telah melibatkan diri dalam Ujian SEGAK. Selepas ujian SEGAK, guru PJPK telah merekodkan keputusan dan membuat post-mortem untuk meningkatkan tahap kercergasan fizikal. 

Ujian SEGAK terdiri daripada 4 bahagian iaitu: 
1. Turun Naik Bangku (3 minit)
2. Tekan Tubi (1 minit) 
3. Tingkuk Tubi Separa 
4. Jangkauan Melunjur